Puisi Antara Jubin Dengan Mengkuang

Derap kakiku masih memijak bumi

dan langit biru yang ditopang

tak pernah sekali mendiskriminasi

antara jubin dengan mengkuang.

-MA-

Dewan Siswa 2009

Advertisements

Cerpen Sekeras Suiseki

Suiseki  sumber foto: lejardindekanojo.free

“LEMPARKAN saja batu-batu itu ke laut!”

“Tak mungkin.”

“Selagi papa berdegil, selagi itu batuk darah papa tidak akan pulih.” Kata-kata Yuti menyihir dalam perasaan Papanya.

Kegilaan lelaki berumur itu terhadap batu-batu air yang dikumpulnya sejak 30 tahun lepas sukar dilunturkan. Apatah lagi sekadar cemuhan anak gadisnya, Yuti, tidak mampu menganjakkan pendirian Papa.

“Aku, Jati. Siapakah yang berani melawan pendirianku?”

Batu-batu air itu adalah batu yang terbentuk secara semula jadi setelah mengalami proses hakisan berjuta tahun. Batu-batu unik yang berbagai-bagai bentuk penciptaannya. Batu air bentuknya mirip gunung, binatang, manusia, tumbuhan dan pelbagai lagi bentuk di luar kotak imaginasi. Itulah Suiseki. Ungkapan bahasa Jepun ‘Sui’ yang bererti air dan ’Seki’ yang bererti batu itu dianggap keramat oleh Jati.

“Papa, Yuti sayangkan papa. Kesihatan papa lebih penting daripada Suiseki itu.”

“Jadi, kamu berasa sakit papa ini berpunca daripada batu itu?”

Cerpen ini boleh dibaca di sini.

-MA-

Berita Harian, 31 Oktober 2010