Arkib untuk April 2011

Cerpen:Teraju Tiga

Wau bulan  sumber foto: photo malaya.com

ADAPUN akan Sri Maharaja Sri Jayanaga itu ada seorang cucunya Jaya Sinha namanya. Maka ada menggelarnya Sanjaya Putera, Inu Dewa Mahisa Kelana Seri Panji, Sri Maharaja Sri Jayanaga dan juga Hyang Kamajaya. Maka banyaklah pula yang menggelarnya Dewa Muda.

Syahadan lalu bertitah Dewa Muda, “Demi empayar Sri Wijaya ini tidak bertelingkah, hendaklah sekalian jelata turut menyerang sekali.”

Maka disahuti rakyat jelata,”Jikalau itu titahnya, hamba juga turut serta.” Lalu berkhabar Dewa Muda,”Jikalau begitu, hasrat hati ini mahu bertapa di gua sana.”

Maka menjawablah sekalian rakyat jelata, “Baiklah. Jika demikian itu, tunaikanlah segala hajat hati sebelum perjanjian yang bermuafakat ini.”

Telah sudah berkhabar-khabar, maka Dewa Muda lalu bermohon bergerak ke gua bertapa. Tiada berapa lamanya, maka keluarlah Dewa Muda terlalu sukacita dari tempat bertapa membawa rangka Wau Bulan seraya berkhabar, “Ini peta dari pertapaan. Demi penyerangan dan penaklukan semula empayar Sri Wijaya.” Hatta, kalakian maka demikianlah tersebutlah perkataannya Dewa Muda tatkala tiba.

Arkian maka datanglah berkumpul sekaliannya, dahsyat seketika melihat akan rangka itu. Maka bertanyalah rakyat jelata, “Hai tuanku Dewa Muda, barang apakah tuanku membawa rangka Wau Bulan itu ke mari? Silakanlah bertitah, boleh saya semua mendengar.”

Eh Wau Bulan

Eh Wau Bulan

Eh Wau Bulan

Teraju tiga.

Artikel penuh: di sini.  

-MA-

Mingguan Malaysia, 10 April 2011

#Cerpen ini adalah antara 18 buah cerpen ke peringkat akhir penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2011