Arkib untuk Julai 2011

Puisi: 1Ramadan 1432 Hijrah

Maka siapa yang sedar

ketika jarum masa menjentik-jentik

nyawa kian ditamat pusingannya

bahawa kita yang tertinggal di hujung

masih berlengah dalam mengah

malah berlelah dalam selimut malam.

Ramadan

bila saat tiba

pintu-pintu syurga dibuka seluasnya

dan pintu neraka ditutup serapatnya

buat aku yang lelah meraih keampunan

moga nafsu ini menggugur lawwamah

sebulan ini mudahan kita dipertemu

buat menyemai ranum mutmainnah.

(Ya  Allah, ampunilah gelita dosaku

dengan juzuk keampunan-Mu)

-MA-

Berita Minggu

Advertisements

Puisi: Meludah Ke Langit

Meludah

jangan meludah ke langit

nanti jatuh tertempel kembali

ke wajah sendiri.

-MA-