Arkib untuk Januari 2012

Bengkel Cerpen-Puisi KMS

Alhamdulillah, pertama kali berpeluang menghadiri bengkel penulisan. Terasa kecil diri ini apabila ditugaskan pula sebagai fasilitator. Bagaimanapun, syukur sekali dapat bertemu dengan sahabat fasi yang juga barisan penulis ternama iaitu Fahd Razy, Sayidah Mu’izzah, Mohammad Hafiz, Fahroni, Syafiq Zulakifli dan Muhammad Teja. Fuh, segan juga masa mula-mula sampai, tapi semuanya ramah dan mesra macam dah kenal lama, membuatkan saya tak rasa segan sangat. Hehe..

Adik-adik KMS semuanya boleh menulis dan masing-masing ada bakat. Insya-Allah, belajar dan terus menulis. Bakat tu macam pedang, boleh diasah. Asahlah dengan apa-apa pun; batu pengasah ke, yang penting boleh bawa berperang dengan pemikiran dan kata-kata. Terima kasih banyak-banyak kepada semua sahabat fasi yang baik hati. Mengajar itu juga satu proses pembelajaran untuk diri. Semoga bertemu lagi.

-MA-

Advertisements

Cerpen: Armada

Satu

Hari itu, sebuah kapal besar mendarat di dermaga negeri kami. Dermaga tempat perdagangan merentasi lautan berlangsung.

“Wooo!”

Semuanya tercengang. Ada yang sampai ternganga. Belum pernah lagi kapal sebesar itu berlabuh di negeri kami ini. Melihatkan tubuh kapal yang maha besar itu, sudah tentulah saiz barang dagangnya dasyat-dasyat belaka.

Syahbandar juga masih tercengang, “Gerangan siapa? Dari mana?”

Para nelayan yang baru berlabuh dari segara kehairan-hairanan. Mereka terus memerhati.

Seorang lelaki di atas kapal itu meniup trompet. Anak-anak kapal bersorakan, semacam sedang berlangsung satu pesta meraikan kejayaan besar.

“Kami sudah tiba. Pasti anda semua sudah lama menanti ketibaan kami.”

“Hei, siapa kalian? Apa hajatnya berlabuh dengan bahtera sebesar raksasa ini?” Seorang nelayan separuh menjerit.

Sebuah tangga dilungsurkan ke dermaga, barangkali laluan untuk mereka turun dari kapal.

“Ke tepi, ketepi,” jerit peniup trompet itu. Suaranya berirama angkuh, umpama dialah tuan empunya tanah negeri kami ini.

Syahbandar ditolak-tolak ke belakang. Para nelayan terundur beberapa langkah.

Seorang Syahbandar yang sudah terjelepok berdiri semula dan berteriak, “Berhenti! Kalian mahu menjajah bukan?”

“Bukan. Kami datang mahu menyebarkan kemajuan kepada kalian.”

“Dengan kapal sebesar ini?”

“Ya. Kemajuan itu seperti apa yang dapat kalian lihat. Apa yang tampak besar dan hebat, itulah disebut kemajuan.”

Peniup trompet kembali beraksi dengan melodi entah ragam apa bunyinya, menyakitkan telinga.

“Lihat! Lihat! Lihat!”

Anak-anak kapal turun mengusung kotak-kotak gergasi. Ada yang mengusung sendirian. Ada yang mengusung berempat.

Gamamlah sekalian penduduk dan golongan marhaen melihatkan tindakan armada berkulit putih itu.

“Barang apakah yang diusung dari jauh ke mari?”

Terus membaca ‘Cerpen: Armada’