Arkib untuk September 2013

Buku: What on Earth Happened?

BIASANYA kalau mahu cari buku berbahasa Inggeris di Jepun, saya akan beli secara atas talian sebab sangat susah untuk jumpa buku berbahasa Inggeris di mana-mana kedai buku. Semuanya berbahasa Jepun, kecualilah kalau kedai buku itu betul-betul besar seperti Kinokuniya. Dan satu lagi masalah, tidak semua Kinokuniya ada menjual buku berbahasa Inggeris! Bayangkan kalau itu yang berlaku di Malaysia. Oh tidak.

Satu kedai buku yang selalu saya singgah ada di stesen kereta api berdekatan rumah. Terkejut besar apabila suatu hari saya lihat disediakan dua rak baharu khas untuk buku  berbahasa Inggeris! Ini perkembangan yang mengejutkan. Hehe. Banyak juga novel-novel sastera  berbahasa Inggeris. Setiap kali masuk, mesti ada buku yang dibawa pulang.

Ini salah satu buku yang berjaya diculik. Buku bertajuk: What on Earth Happened? ini mengumpulkan kajian penulisnya Christopher Lloyd tentang pelbagai perkara seperti sains, sejarah, geografi dan sejarah peradaban manusia dari Big Bang hinggalah ke hari ini. Buku ini sesuai untuk sesiapa yang minat buku berbentuk kajian dan maklumat. Sesuai juga untuk penulis fiksyen sains. Turut terkandung fakta-fakta tentang kegemilangan sains tamadun Islam dan saintis-saintis muslim tanpa menyembunyikan fakta sebenar. Menarik.

Image

Yang lebih menarik, penulisnya akan datang ke universiti saya, Universiti Keio Kampus Mita pada 26 September ini! Tajuk ceramah satu jamnya adalah: Big History, Visualisation and the Brain

http://www.ic.keio.ac.jp/event/2013/event130926.html

Peluang menarik.

Advertisements

puisi

Para syuhada itu tidak bertanya: apa yang ada selepas kematian? Kerana mereka telah menghafal peta firdausi berbanding peta duniawi.
Mereka disibukkan dengan soalan lain: apa yang kita akan buat sebelum mati?”

Mahmoud Darwish, penyair Palestin