Arkib untuk Disember 2013

Kumpulan Cerpen: Izrail Sibuk di Gaza

Cover_Izrail_New-350x469

Judul: Izrail Sibuk di Gaza
Genre: Kumpulan cerpen
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Penyelenggara: Fahd Razy, Rebecca Ilham, Shahkang
Ilustrasi kulit depan: Rasydan Fitri
ISBN: 9789674303570
Muka surat : 230
Harga pasaran : RM25

Antologi ini mengandungi 17 buah cerpen daripada 17 penulis anggota GrupKaryawan Luar Negara (GKLN). Kesemua temanya menghala kepada matlamat yang satu, iaitu mengangkat Islam sebagai agama yang hak, sama ada disedari oleh para penulisnya ataupun tidak.Sesuai dengan latar penulisnya yang belajar di luar negara, selain mengangkat persoalan sejagat, hampir kesemua cerpen dalam antologi ini mengambil latar tempat di luar negara seperti Kaherah, Turki,dan Gaza.Cerpen “Izrail Sibuk di Gaza” menyajikan kisah Gaza. Disebabkan oleh banyak orang yang mati di Gaza, ‘adik’ yang tinggal di Gaza ingin menjadi Izrail yang tugasnya mengambil nyawa manusia. Dengan itu ‘adik’ beranggapan bahawa dia tidak akan mati, secara tersiratnya.

Sebahagian besar penulis dan cerpen yang termuat pernah mendapat tempat di media cetak serta mendapat pengiktirafan melalui sayembara dan hadiah sastera. Naskhah ini menjadi satu monumen terhadap perkembangan para penulis Grup Karyawan Luar Negara khasnya dalam penulisan cerpen serta menjadi refleksi terhadap daya saing penulis GKLN dalam peta sastera tanah air.

 

Kumpullah segal…

Kumpullah segala harta para jutawan, aristokrat dan penguasa. Kau tak mungkin dapat membeli sesuatu bernama ukhuwah..

Dakwah adalah c…

Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta segalanya darimu..