Arkib untuk Januari 2014

PUISI: Biarkan Danbo Terpadam

Alhamdulillah, dengan izin Allah azza wa jalla puisi ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 26 Januari 2014. Puisi ini ditulis sebaik saja tiba di rumah di Yokohama pada 1 Januari, selepas pulang daripada Shiga, Kyoto. Sejujurnya, puisi ini ditulis dan dihantar tanpa diperam lama-lama dan tidak banyak disunting daripada versi asalnya.

1625594_789752991041305_222427967_n

Sepanjang program Tarbiyah in Fuyu (TAIFU) sepanjang 28-31 Disember 2013, segala kata yang tercantum di dalam puisi ini bermain-main di dalam kepala. Ryokan yang bernama Shirahamaso ini menyimpan begitu banyak memori. Pertama kali menjejakkan kaki ke sana pada hujung tahun 2012 ketika program Perhimpunan Siswa Tarbawi (PRESTIJ). Setahun berlalu tanpa disedari dan Shirahamaso menjadi tempat berkumpulnya ikhwah-ikhwah seluruh Jepun, dari Hokkaido hinggalah ke Kagoshima. Semoga ukhuwwah yang dibina terus kuat dan kita semua terus tsabat menjalani jalan ini.

Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana kasihkan-mu

bertemu dan patuh pada-Mu

bersatu memikul dakwah-Mu

hati-hati ini telah berjanji setia

mendaulat dan menyokong syariat-Mu

maka eratkanlah akan ikatannya

kekalkan kemesraan hati ini

tunjukkan ia jalan yang sebenar

limpahkan dengan cahaya bagi-Mu

yang tak pernah padam

dan lapangkan dengan iman..

Advertisements

PUISI: Menggeledah Nurani

PUISI: Aku Kalis Peluru

Nukilan Hafiszi Omar
Deklamasi Za’im Yusoff
Disiarkan di radio IKIM.fm