Arkib untuk April 2015

Rancangan Temuramah Penulis di TV

Saya terdetik untuk menulis artikel ini apabila menonton sebuah rancangan temuramah di TV.
Dalam rancangan tersebut, pengacara menemuramah seorang penulis novel tentang buku-buku tulisnya.
Ia adalah rancangan orang putih.

Dan dalam hati, saya berkata wow! Penulis diberikan ruang yang cukup besar, iaitu sebuah rancangan penuh untuk beliau ditemuramah. Setahu saya (sila betulkan saya jika tersilap), di Malaysia, penulis hanya keluar di TV ketika rancangan tertentu sahaja. Contohnya rancangan temubual popular di pagi hari dan mereka diberikan peluang selama 10 hingga 15 minit saja untuk bercerita tentang buku yang mereka tulis.

Steve_Jobs_and_Bill_Gates_(522695099)

gambar daripada wikipedia

Pada pandangan saya, rancangan sebegini penting, dan sepatutnya diluaskan lagi.
Bukan sekadar slot 15 minit tetapi sebuah rancangan penuh!
Apabila buku-buku dan penulisnya diberikan ruang penuh untuk ditemuramah,
ia sebenarnya membuka mata dan menarik minat orang yang menontonnya.
Lebih ramai orang akan mencari buku dan menjadi pembaca,
atau membelikan anak-anak mereka buku yang bermanfaat.

Bukannya menghantar anak-anak mereka ke sesi ujibakat nyanyian/tarian untuk
dijadikan ‘bintang’ yang akhirnya malap sendiri di cakerawala gelap.

Maka, kalaulah penerbit TV tidak mahu buat program TV temuramah penulis sekalipun,
kita ada gelombang media baru seperti Facebook dan Youtube yang kuasanya lauh lebih besar
dalam kalangan generasi muda.

Cukuplah bermula dengan video-video temuramah penulis dan bukunya di Youtube.
Siapa yang mahu mulakannya? Kawan-kawan penulis GKLN? 🙂

Advertisements

Cerpen: Puyu Bersisik Emas di Berita Harian Ahad

Podcast cerpen ini boleh didengar di sini: http://dengardengar.com/?p=349

1499534_1567320223515033_3678608323000895103_n

[Buku] Ilham Kembara : 21 Catatan Kembara

25349487

“Dari penaakulan peribadi menjengahi ranah kemasyarakatan hingga mengundang kepada persoalan peradaban yang merangkumi sejarah, budaya, agama, dan hal-hal yang berkaitan dengan masa depan dunia telah secara baik dirungkaikan daripada tangkai demi tangkai kembara mereka walau sesingkat mana perjalanan itu.

Kalau Saint Augustine, ahli falsafah kristian yang terkenal pernah menyebutkan “dunia ialah buku dan mereka yang tidak mengembara hanya membaca halaman pertama,” saya ingin benar menyebutkan begini, “kembara hanyalah dunia sementara dan hanya akan kekal apabila dakwat pengalamannya dibejanakan atas kertas perkongsian.”

– Za’im Yusoff, penyelenggara-