Buku Puisi Jaulah Sampai Syurga, pemenang utama Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk-Nya.

Saya tidak pernah terfikir langsung buku pertama kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga dipilih untuk memenangi HSPM. Kategori ini saban tahun dimenangi oleh penulis-penulis mapan Malaysia termasuklah Sasterawan Negara.

Alhamdulillah, Allah lebih tahu. Semoga kemenangan ini menjadi sejarah manis buat JSS.

Manuskrip JSS pernah dihantar ke sebuah penerbitan. Saya akhirnya menarik kembali manuskrip ini dengan sebab ketidakmampuan saya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum buku ini diterbitkan.

Memandangkan ia buku pertama, sedikit rasa kecewa tak dapat saya sembunyikan. Saya khuatir untuk menghantar ke penerbitan lain kerana takut ditolak sekali lagi. Saya membuat keputusan untuk menerbitkan dengan Grup Karyawan Luar Negara di bawah penerbitan ‘indie’ Karyawan Publishing House. Melalui penerbitan ini, saya mengeluarkan duit poket sendiri lebih kurang RM500 untuk menerbitkan cetakan pertama.

Niat saya menerbitkan buku ini sekadar suka-suka, kenangan dan ingin berkongsinya dengan sahabat-sahabat yang menjadi tunjang lahirnya puisi-puisi di dalam buku ini. Jadi saya tidak menjualnya dan hanya menjadikannya hadiah untuk teman-teman. Kumpulan puisi ini membawa tiga tema besar: 1) Muhasabah, 2) Tarbiah, 3) Bebaskan Gaza.

Alhamdulillah, rezeki itu sudah Allah tetapkan. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan pada 25 November 2015.

1

Ulasan Panel

2

Trofi dan sijil

3

JSS cetakan ketiga di luar dewan

5

Menerima anugerah

6

5 pemenang hadiah utama

4

Rakan-rakan GKLN yang memberikan dorongan

7

Mak dan ayah yang selalu memberikan sokongan

Cetakan ketiga buku puisi Jaulah Sampai Syurga boleh dibeli di sini:

https://docs.google.com/forms/d/1fmHmCAwb4dC1u8Sn3BEcw8LZseZdzQJwWMf1MLtEiP8/viewform

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.