Archive for the 'buku' Category

Buku terbaru Muzaf Ahmad: Kumpulan Cerpen Syahid ke Syurga

Alhamdulillah, akhirnya kumpulan cerpen Syahid ke Syurga selamat diterbitkan pada 25 November 2015. Berikut merupakan blurb buku ini:

Syahid –
tak mengenal bangsa, usia atau jantina.

Syurga –
itulah rumah abadi.

Aku –
Tuhan, jadikan aku seorang abdi-Mu yang syahid
untuk bersama mereka, menghuni syurga-Mu!

Kumpulan cerpen Syahid ke Syurga menjilidkan 5 keping surat dan 8 cerita pendek, membangkitkan semangat perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa, menghidupkan jiwa manusia dalam perjalanan menuju Tuhannya.

COVER FULL-011

RM 20 saja termasuk pos. Buku ini boleh dibeli di sini

Advertisements

Tempahan Buku Jaulah Sampai Syurga & Syahid ke Syurga

gambar promo tempahan buku

Alhamdulillah, November ini ada kejutan buat buku pertama saya, Kumpulan Puisi Jaulah Sampai Syurga. 25 November ini.

Insyaallah, dalam masa terdekat, Kumpulan Puisi Jaulah Sampai Syurga akan masuk cetakan ke-3 dan buku kedua saya, Kumpulan Cerpen Syahid ke Syurga cetakan pertama akan muncul.

Untuk tempahan, isi borang di bawah.
https://docs.google.com/…/1fmHmCAwb4dC1u8Sn3BEcw8L…/viewform

 

[Buku] Ilham Kembara : 21 Catatan Kembara

25349487

“Dari penaakulan peribadi menjengahi ranah kemasyarakatan hingga mengundang kepada persoalan peradaban yang merangkumi sejarah, budaya, agama, dan hal-hal yang berkaitan dengan masa depan dunia telah secara baik dirungkaikan daripada tangkai demi tangkai kembara mereka walau sesingkat mana perjalanan itu.

Kalau Saint Augustine, ahli falsafah kristian yang terkenal pernah menyebutkan “dunia ialah buku dan mereka yang tidak mengembara hanya membaca halaman pertama,” saya ingin benar menyebutkan begini, “kembara hanyalah dunia sementara dan hanya akan kekal apabila dakwat pengalamannya dibejanakan atas kertas perkongsian.”

– Za’im Yusoff, penyelenggara-

Antologi Tanah Tanpa Peta

TTP1

Judul: Tanah Tanpa Peta
Genre: Antologi puisi dan cerpen
Penyelenggara: Fahd Razy, Rasydan Fitri, Khairil Idham Ismail, Zaim Yusoff dan Zaim Salimun
Penerbit: Karyawan Publishing House
Harga: RM20 (Harga ahli tetap: RM17)

Menampilkan 64 puisi dan 8 cerpen yang bertemakan isu semasa umat Islam. Ditulis oleh 55 orang penulis dari pelbagai latar belakang dan institusi termasuk sasterawan, tokoh budaya, wartawan, pendakwah, pensyarah, aktivis humanitarian, pakar perubatan, artis, selebriti, Dj radio, dan banyak lagi. Hasil jualan naskhah ini akan disumbangkan ke negara-negara umat Islam yang bergolak.

***

Maklumat lanjut di http://tanahtanpapeta.blogspot.com

Senarai penulis:

Kata Pengantar
Dato Dr Anwar Ridhwan

1) Abdul Ghaffar Ibrahim (Pak Agi)
2) Dr Baharudin Suri
3) Dr Adibah Abdullah
4) Amirul Ameer
5) Ana Raffali
6) Aqilah Hambali
7) Dr Ainul Arina (Auriss Haira’)
8) Badar Safraa
9) Balqis Azhar
10) Dinah Adelina Razali
11) Fahd Razy
12) Faisal Mat Zawi
13) Dr Faizal Musa (Faisal Tehrani)
14) Faiz Nazim
15) Fazleen Hishamuddin
16) Firuz Akhtar Lubis
17) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
18) Haniff Nasir
19) Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
20) Hazman Baharom
21) Hilal Asyraf
22) Hisyam Ahmad
23) Prof Madya Dr Ikram Mohamed Salleh
24) Iwan Ghazali
25) Kameelia Kameel
26) Khadijah Khalilah
27) Dr Khairil Idham Ismail
28) Mardhiyyah KA
29) Dr Muhaimin Sulam
30) Muharikah (Dr Aisyah Zainoordin)
31) Dato’ Dr Musa Noordin
32) Muzaf Ahmad
33) Nadia Nabila Affandi
34) Dr Nadzirah Mohd
35) Nazmi Yaakub
36) Nik Auni Amanina
37) Nik Faris Haikal
38) Nini Nagyha Nordin
39) Nurul Ashikin Hasan Basri
40) Nurzaida Syaza Zawawi
41) Ust Pahrol Mohamad Juoi
42) Rahman D
43) Dr Ramzah Dambul
44) Rasydan Fitri
45) Shafiq Said
46) Dr Shamsudin Othman
47) Siddiq Osman
48) DJ Syafiq Zulakifli
49) Taufiq Roslan
50) Zaim Salimun
51) Za’im Yusoff
52) Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
53) Zuhaida Zainon
54) Zulhafeez Ahmad Zahidi
55) Datuk Dr Zurinah Hassan

Review buku “Jaulah Sampai Syurga” oleh Za’im Mohamad Yusoff

JAULAH SAMPAI SYURGA, RAMA-RAMA PERTAMA Muz Ahmad

Berjerihan memacu sepeda untuk mengusap naskhah awal Tanah Tanpa Peta di tangan pereka bentuk yang semakin menempa nama, Rasydan Fitri; membawa saya kepada naskhah awal Jaulah Sampai Syurga untuk saya selak baca. Jujur, pemuisi muda ini punya suara puisi yang kuat antara kemunculan makna yang tinggi menegak berlantaikan teteknik puisi yang lebar melintang. Sajak pertama CATAN I punya citra seni lukis yang mantap sambil menyentap dalam mempamerkan tema “kembali kepada fitrah setelah berliburan digelumangi jahiliyyah menerusi lebuh raya tarbiyyah”.

Terus membaca ‘Review buku “Jaulah Sampai Syurga” oleh Za’im Mohamad Yusoff’

Kumpulan Puisi “Jaulah Sampai Syurga”

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah.

Tiada daya dan kudrat selain keizinan Allah s.w.t atas penerbitan buku pertama saya, kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga.

Buku ini diterbitkan di bawah Karyawan Publishing House yang menerbitkan banyak buku-buku tulisan ahli GKLN. Terima kasih yang tidak terhingga kepada abang Fahd Razy, seorang doktor dan penulis hebat pada masa sama bergiat aktif dalam aktiviti kesusasteraan. Juga kepada saudara Rasydan Fitri, yang sedia mendengar kisah jaulah dan melakar kulit buku JSS yang cantik ini. Kepada akh Hafizan yang memilih design kulit. Kepada sahabat-sahabat yang berkongsi kemanisan berukhuwah. Kepada keluarga GKLN yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Hanya Allah dapat memberi kebaikan kepada kalian, mudah-mudahan.

51 buah puisi ini adalah pengalaman hidup saya selama 23 tahun dalam fasa kehidupan yang cukup berbeza. Selamat membaca, semoga puisi-puisi kecil saya yang tidak seberapa ini menjadi memori dan memberi makna buat para pembaca.

***
Judul
: Jaulah Sampai Syurga
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Muzaf Ahmad
Halaman: 105 ms
Penerbit: Karyawan Publishing House
Harga: RM15

“salju di luar tingkap semakin melebat
di sini walau kita terkandas
tetap kita menongkah gigil
jangan dipeduli ribut gelisah yang membuas 
kerana hangat ukhuwah akan segera meredakan..”

Kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga tampil mengajak pembaca merasai kehangatan ukhuwah serta menghayati suara kemanusiaan dalam pembebasan Al-Aqsa. Terjemahan puisi Jaulah Sampai Syurga bertajuk Tengoku e No Michinori (bahasa Jepun) dan Luyou Dao Tiantang (bahasa Mandarin) turut dimuatkan; membawa pembaca merentas benua.

10387237_819431358103025_7346484962072696734_n10477366_957307330952536_709675224234688453_n

Buku: Pelangi Dakwah

PD

Alhamdulillah, perkongsian kecil saya yang bertajuk “Sonata Tarbiyah di bumi Jepun” di dalam buku Pelangi Dakwah terbitan Iman Publication. Boleh dapatkan buku ini di Iman Shoppe. Sedikit cebisan titipan daripada  buku ini:

Ramai orang kenal Superman, Batman, Spiderman, Ironman, Ultraman dan banyak lagi man-man yang lain. Namun, kisah dan pengalaman mereka hanya sekadar rekaan yang tidak mungkin akan dapat dijadikan teladan. Kata orang pengalaman merupakan guru terbaik dalam sebuah kehidupan, maka pengalaman dikongsi bukan untuk mencari nama tetapi sebagai batu loncatan untuk menjadi yang terbaik di sisi Tuhan.

Pengalaman yang indah tatkala disapa hidayah Allah;

“Akhirnya, adik itu merangkak sendiri mencari jalan ke arah Islam dan iman.Betapa indahnya saat dia disambut penuh kehangatan cinta dan kasih sayang oleh teman baiknya dan kakak-kakak yang tidak pernah jemu mengajaknya sebelum ini. Apabila dia menyangka tidak ada lagi ruang untuknya, rupanya terbuka luas sebuah rentang kehidupan baru yang terlalu indah dan penuh kemanisan.Itulah kehidupan tarbiah.”

“Semakin saya baca al-Quran, semakin saya faham tentang setiap apa yang ada di sekeliling.Tentang perjalanan hidup.Tentang kehidupan abadi selepas mati.Tuhan itu ada.Dan hidup saya lebih bermakna sekarang.Alangkah baiknya, jika saya memeluk Islam lebih awal lagi.”

Pengalaman yang perit tatkala difitnah;

“Kami juga sering kali dilabelkan sebagai kurang bersosial. Jarang bersama masyarakat.Sedih.Padahal kami bukanlah seperti yang diperkatakan. Mungkin sahaja kerana kami sering kali meluangkan masa dengan usrah dan program-program tarbiah yang lain. Namun ini merupakan satu peringatan buat kami agar selalu berusaha mendekati masyarakat., Yang pasti, kami tidak mahu menjadi fitnah untuk dakwah.”

“Penggerak kegiatan subversif yang mahu menjatuhkan kerajaan! Usaha bawah tanah menghasut pelajar supaya mengkafirkan pemerintah! Ajaran sesat yang kerap berbincang senyap-senyap dalam gelap malam!”

Semoga pengalaman mereka dalam dakwah dan tarbiah lebih menguatkan setiap langkah dan semakin yakin dengan janji Allah.

“Apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pastinya jalan keluar menanti di balik setiap rintangan. Allah tidak mahu memberi beban, tetapi ingin mengajar erti sebuah perubahan.”

Semoga bermanfaat buat semua 🙂