Archive for the 'di sebalik…' Category

Di sebalik Cerpen Sesudah Tiga Musim

Cerpen Sesudah Tiga Musim telah tersiar dalam majalah Harmoni edisi 1-15 Disember 2012. Cerpen ini terilham daripada kenangan ketika ‘homestay’ di kampung  Gulang-gulang yang terletak di Tanjung Karang, Selangor. Kami menginap beberapa hari di rumah keluarga angkat. Dalam beberapa hari itu banyak perkara dilakukan seperti meneroka sawah padi yang begitu cantik (tempat penggambaran drama Nur Kasih), melawat tempat penternakan puyuh dan sebagainya. Perkara yang paling tak dapat dilupakan adalah bermain meriam buluh bersama abang dan adik angkat.

Ayah angkat saya seorang yang rajin dan bekerja kuat. Emak angkat pula sangat mesra. Pagi-pagi lagi, seawal jam 5 pagi ayah sudah keluar membawa hasil tanaman untuk dijual di pasar. Saya melihat pengorbanan besar seorang ayah untuk menyara keluarganya lalu membuat keputusan untuk mencatatnya dalam sebuah cerpen. Kisah dalam cerpen itu adalah kisah gabungan beberapa pengalaman peribadi yang bermakna buat saya. Saya akan ke Gulang-gulang lagi suatu hari nanti. Semoga cerpen ini bermanfaat.

p/s: terima kasih kepada abang Helmi yang memaklumkan penyiaran karya ini.