Archive for the 'Hadiah Sastera Kumpulan Utusan' Category

Buku Puisi Jaulah Sampai Syurga, pemenang utama Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk-Nya.

Saya tidak pernah terfikir langsung buku pertama kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga dipilih untuk memenangi HSPM. Kategori ini saban tahun dimenangi oleh penulis-penulis mapan Malaysia termasuklah Sasterawan Negara.

Alhamdulillah, Allah lebih tahu. Semoga kemenangan ini menjadi sejarah manis buat JSS.

Terus membaca ‘Buku Puisi Jaulah Sampai Syurga, pemenang utama Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014’

Puisi ‘Jaulah Sampai Syurga’ pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2014

jss

Jaulah Sampai Syurga

sahabat,
kita lahir dari tanah berbeza
tetapi dari sekepal salju ini,
segala sempadan akan mencair –
kerana kita telah berjanji 
berjaulah sampai ke syurga abadi
telah kita berjanji 
untuk mencari reda Ilahi.

beginilah perjalanan jaulah
merentas ratus ribu sempadan 
dinasti dan waktu 
laut dan benua
ribut dan salju –
di kepala Takao atau dahi Jingshan
kita adalah degup roh 
yang berdenyut dalam jasad ummah
lalu hati kita terserap ke langit 
menggugurkan huruf-huruf iman
dan putih kalimah syahadah.

hari-hari Hachioji bersamamu sahabat,
salju di luar tingkap semakin melebat
di sini walau kita terkandas
tetap kita menongkah gigil
jangan dipeduli ribut gelisah yang membuas 
kerana hangat ukhuwah akan segera meredakan.

bibir tidak perlu berbicara 
bukankah jiwa-jiwa kita lebih merasa –
cukuplah selengkung senyum 
dan setentang mata 
itulah yang mengucapkan segalanya
dan percayalah sahabat,
waktu, benua dan salju adalah sempadan
yang tidak pernah memisahkan 
kerana kita telah lama berjanji
bertemu dan berpisah kerana Ilahi.

Takao, Hachioji
Februari 2014

*****

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t.

Tiadalah daya dan upaya saya. Masih teringat detik saya menulis puisi Jaulah Sampai Syurga sekitar awal tahun 2014.
Entah mengapa musim sejuk Disember 2013 – Februari 2014 begitu menerkam. Program Fuyu Gathering 2013 anjuran persatuan AMIR, jaulah ikhwah dari China, dan pelbagai peristiwa begitu menghangatkan jiwa yang hampir-hampir membeku dengan tarikan keduniaan.

permintaan akh Hafizan sewaktu kami berpisah di Shibuya: “tulis sajak satu..”

Sebenarnya saya jarang menulis, melainkan ada sesuatu yang ingin saya kongsikan atau jika ada kenalan yang meminta saya menulis sesuatu. Begitulah cara saya menulis. Ia akan terbit dari rasa yang mengalir. Kadangkala akan mengalir sederas-derasnya.

Alhamdulillah, tidak sangka tiga karya saya sepanjang 2014 tersaring ke peringkat akhir setelah ditapis panel hakim:

  1. Cerpen: INDRASYAWAL, Mingguan Malaysia (3 Ogos 2014)
  2. Puisi: Biarkan Danbo Terpadam, Mingguan Malaysia (26 Jan 2014)
  3. Puisi: Jaulah Sampai Syurga, Mingguan Malaysia (7 September 2014)

Dan dengan izin Allah, puisi Jaulah Sampai Syurga telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2014 kategori puisi eceran. Terima kasih buat panel hakim yang sudi menilai kesemua karya-karya ini. Semoga puisi ini terus memberikan semangat yang tinggi untuk diri saya sendiri dan ikhwah akhwat sekalian untuk terus berjuang di jalan dakwah dan tarbiah yang panjang dan berliku ini. Terima kasih buat sahabat-sahabat dan murabbi yang selalu mendoakan yang terbaik. Semoga kita terus tsabat di jalan ini.

Fakta tentang puisi Jaulah Sampai Syurga:
1. Puisi ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun (Tengoku e no michinori) dan bahasa Mandarin (Luyou Dao Tiantang).
2.  Puisi ini menjadi tajuk buku kumpulan puisi yang diterbitkan pada November 2014.

16 Cerpen Remaja Saringan Akhir HSKU 2013

hsku

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012

Pemenang Kategori Cerpen
Hadiah Utama
1. Menujum Bintang Tujuh, Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M Zakir) – Mingguan Malaysia
2. Protes Kari, Kepoh Ferrari, Mohd Fudzail Mohd Nor (Fudzail) – Mingguan Malaysia
3. Rostrum Alfalfa, Norshah Aizat Shuaib (Shahkang) – Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Antara Tikungan yang Aneh, Mawar Safei – Mingguan Malaysia
2. Dari Introspektif Mandiri, Mohd Fadzil Yusof – Mingguan Malaysia
3. Itanimulli, Mohd Fudzail Mohd Nor – Mingguan Malaysia
4. Kanibal Hutan Seberang, Ahmad Muzaffar Baharudin (Muzaf Ahmad) – Mingguan Malaysia
5. Nenek Facebook, Ummi Hani Abu Hassan – Mingguan Malaysia
6. O, di mana Radenku, Mohamed Ghozali Hj Abdul Rashid (Malim Ghozali P.K) – Mingguan Malaysia

Pemenang Kategori Puisi
Hadiah Utama
1. Banjaran Alps, Ramlan Abdul Wahab – Mingguan Malaysia
2. Benarkah Matahari Tersangat Pijar, Mohd Rosli Nik Mat (Rosli K.Matari) – Mingguan Malaysia
3. Cereka Penumpang Sejarah, Nik Azri Nik Mohamed Arriff (Tuah Sujana) – Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Akar dan Pucuk, Nazri Hussein (Husna Nazri) – Mingguan Malaysia
2. Debu, Norhisham Mustaffa – Mingguan Malaysia
3. Diari Berdarah, Ahmad Shukri Abdullah – Mingguan Malaysia
4. Kantata Malam Mahrajan, Shapiai Mohd Ramly – Mingguan Malaysia
5. Ke Negeri Senyap, Rami Selamat (Marsli N.O) – Mingguan Malaysia
6. Suara yang Kutanam, Shukri Mohd Ali – Mingguan Malaysia

Pemenang Kategori Kajian Sastera
Falsafah Estetik-Logikal dalam Puisi SM Zakir, Arbak Othman – Pemikir

Pemenang Kategori Rencana Sastera
Estetik dalam Karya Sastera, Aminudin Mansor – Mingguan Malaysia

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012

hsku 2012

Alhamdulillah, syukur. Cerpen Kanibal Hutan Seberang nukilan saya lewat tahun 2012 dipilih sebagai salah satu karya yang memenangi HSKU 2012. Cerpen ini memenangi hadiah penghargaan dalam Kategori Cerpen. Ilham menulis cerpen ini bergulir dalam fikiran ketika dalam kelas gengo-bunka-ron (Teori Bahasa dan Budaya), Profesor De Wolf. Hadiah ini merupakan penghargaan buat karya ini dan semoga ia bermanfaat buat para pembaca.

Cerpen lain saya yang bertajuk Sayangku, Dondang Sayang pula telah tersenarai sebagai 16 cerpen peringkat akhir untuk Kategori Cerpen Remaja. Senarai karya yang layak ke penilaian peringkat akhir untuk semua kategori HSKU 2012 boleh dilihat di blog abang penulis yang dikagumi Mohd Helmi Ahmad yang memenangi Kategori Cerpen Remaja dengan cerpennya Rombongan Masuk Jawi.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Mawar Shafie (beliau turut memenangi kategori sama- Cerpen Antara Tikungan yang Aneh) yang banyak mencurahkan ilmu penulisan di ruangan cerpen di Dewan Siswa, keluarga yang cukup menyokong serta sahabat-sahabat penulis GKLN dan bukan GKLN yang sentiasa memberikan inspirasi.

Sama-sama kita terus menulis perkara yang baik dan bermanfaat buat ummah. Insya-Allah.

18 Cerpen Remaja Saringan Akhir HSKU 2011

Berikut merupakan 18 cerpen remaja saringan akhir untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011:

1. Dayangku Mastura – Bakau Tetap Teguh 
2. Zaniffa Azzura Allah @ Abdullah – Talia dan Raksasa Qadqad 
3. Nazri Hussein  – Tukang Sejarah 
4. Che Soo Ismail – Banjir di Mata Emak 
5.  Zainal Rashid Ahmad – Cerita Akhir Tahun
6. Dayangku Mastura – Harum Kasih Daun Irik
7. Nazri Hussein – Kalbu Adam di Tahun Baru
8. Mohd Helmi Ahmad – Kuih Bakul Limau Mandarin
9. Salina Ibrahim – Menuai Emas 
10. Muhammad Harya Ramdhoni – Penembak Misteri di Front Kemelak-Sepancar
11.  A. Muziru Idham – Sebelum Hujan Luruh
12. Shapiai Muhammad Ramli – Membaca Takdir
13.  Muzaf Ahmad – Teraju Tiga
14. Muzaf Ahmad –Tenda Harapan 
15.  Wan Marzuki Wan Ramli – E-mel ke Salzburg
16. Ali Bukhari Amir –  Gerhana Kampus 
17. Nimoiz T.Y  – Angah, Nenek & Merdeka 
18. Che Soo Ismail –  Baju Emak di Tengah Bendang 

19 Cerpen Remaja Saringan Akhir HSKU 2010

Majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil (HSKU) akan diadakan pada 31 Oktober ini di hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Acara ini diharap dapat menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan tempatan. Berikut adalah petikan daripada laporan Panel Hakim HSKU 2010 kategori cerpen remaja:

Kesusasteraan sebagai alat pembina sahsiah bukan suatu tanggapan kosong bahkan telah diakui dalam sistem pendidikan apabila teks sastera dijadikan alat pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran kefahaman golongan pelajar sering dikaitkan dengan nilai moral dan motivasi yang terkandung dalam karya, sekali gus menjadi manifestasi pengakuran pihak pengolah sukatan pelajaran terhadap kepentingan karya sastera.

Terus membaca ’19 Cerpen Remaja Saringan Akhir HSKU 2010′