Archive Page 2

KEPUTUSAN PENUH HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) 2015/2016

IMG_0053

6362DA30-1E78-4E02-A3CF-B9F1A756A43E

KATEGORI A: BUKU/KUMPULAN

NOVEL
Bukan Orang-orang
ITBM, 2015
Hafizah Iszahanid

KUMPULAN CERPEN
Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo
ITBM, 2015
Jasni Matlani

KUMPULAN PUISI
77 Tuju (Siri “Ingatan kepada Kawan”)
ITBM, 2015
Zaen Kasturi

KUMPULAN DRAMA
Saya dari Tanjung Penaga
DBP, 2015
Marzuki Ali

KATEGORI B: CERPEN ECERAN

Dia Yang Berlari Kencang Dalam Debu Perang
Berita Harian, 20 September 2015
Mawar Safei

Desibel Iman
Berita Harian
11 Oktober 2015
Nisah Haron

Rumah Ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya
Mingguan Malaysia, 4 Januari 2015
Siti Jasmina Ibrahim

Rumah
Mingguan Malaysia, 8 Mac 2015
Hazwani Rebecca Ilham Rameli

Pascasejarah X Negeri Tanpa Matahari
Dewan Sastera, September 2015
Fahd Razy

Cerita-cerita Tentang Lidah
Dewan Sastera, Januari 2016
Hafizah Iszahanid

Apis Dorsata
Dewan Sastera, Oktober 2016
Fudzail Nor

Air
Mingguan Malaysia, 6 Mac 2016
Malim Ghozali Pk

Musim Monyet Mabuk
Berita Harian, 3 April 2016
Zainal Rashid Ahmad

Rumah Kupu-Kupu
Berita Harian, 21 Ogos 2016
SM Syed Mohd Zakir

KATEGORI B: CERPEN ECERAN REMAJA

Trisomi Dua Puluh Satu
Mingguan Malaysia, 1 Mac 2015
Zulaikha Adam

Kancil, X-Trail dan Sebuah Bengkel
Dewan Siswa, September 2016
Abang Median Abang Said

Seekor Burung di Luar Sangkar
Berita Harian, 9 Ogos 2015
Saifullizan Yahaya

KATEGORI B: PUISI ECERAN

Puisi Perang di Semerah Padi
Dewan Sastera, Februari 2016
Siti Raihani Mohd.Saaid

Berbalah Dengan Kata
Dewan Sastera, Disember 2015
Rudi Mahmood

Sengaja Aku Memilih Beza
Dewan Sastera, April 2016
Ratna Laila Shahidin

Peniup Seruling Marionette
Mingguan Malaysia, 9 Ogos 2015
Muzaf Ahmad

Walau Belum Pernah Tepat
Berita Harian, 14 Ogos 2016
Rosli K. Matari

Di Dalam Sebuah Kolam Naluri
(Sajak Pelengkap : Di Atas Badan Seekor Ikan)
Berita Harian, 21 Ogos 2016
Adinata Gus (Mohamad Noor Arif Ali Raya)

Bahasa
Dewan Sastera, Oktober 2015
Teratai Abadi

Mujahadah Takdir Dalam Kesturi Syukur
New Sabah Time, 2 April 2015
Sahara Jais

Melati
Dewan Sastera, Disember 2015
Roslan Jomel

Di Luar Bingkai Sejarah
Dewan Sastera, Oktober 2016
Hilmi Rindu

KATEGORI B: ESEI/KRITIKAN SASTERA ECERAN

MAKALAH ILMIAH

Pemikiran Kontemporari dalam Unsur Kejenakaan Sastera Melayu Islam
Pengajian Melayu Kontemporari, APM, UM, 2016
Mohd. Taufik Arridzo Mohd Balwi

SEPARA ILMIAH

Menyoal Peran Kesusasteraan Kebangsaan Sebagai Penjana Peradaban Bangsa
Dewan Sastera, Ogos 2016
Abang Patdeli Abang Muhi

Kolonialisme dan Literary Renaissance Dunia Melayu Abad ke-18/19
Dewan Sastera, April 2015
Noriah Taslim

Penilaian Semula Peranan Sastera Kebangsaan Sebagai Pembina Negara Bangsa
Dewan Sastera, Jun 2016
Saleeh Rahamad

Antara Anugerah Sastera dengan Prestij Seorang Penulis
Tunas Cipta, Januari 2016
Roslan Jomel

Karya Fiksyen di Atas Peta Imaginasi
Dewan Sastera, September 2016

KATEGORI B: DRAMA ECERAN

Bangsawan Tujuh Gong Sakti
Dewan sastera, Oktober – November 2015 Allahyarhamah Rohani Md. Yousoff

Tangan-tangan yang Tinggal
Dewan Sastera, Januari – April 2015
Siti Jasmina Ibrahim

Buang
Dewan Sastera, Mei – Jun 2015
Roziah Adama

KATEGORI C: BUKU SASTERA KANAK-KANAK

NOVEL KANAK-KANAK
Iqbal Membina Jaya
DBP, 2015
Radzemah Bolhassan

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
Tekukur di Ranting
K’ Publishing, 2015
Khadijah Hashim

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
Anak Wawasan
DBP, 2016
Muhammad Irfan Nyia Abdullah

KUMPULAN DRAMA KANAK-KANAK
Bangau Oh Bangau
DBP, 2015
Azmizi Zakaria

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK
Tapir dengan Kotak Ajaib
DBP, 2015
Mohd Norazmi Mohd Mokhtar

KATEGORI D: BUKU SASTERA REMAJA

NOVEL REMAJA
Empunya Kalbu
UP&D, 2015
Sri Rahayu Mohd Yusop

KUMPULAN PUISI REMAJA
Madu di Tangan
ITBM, 2015
Mohd Helmi Ahmad

KUMPULAN CERPEN REMAJA
Obsesi Cintamu, Zulaikha
ITBM, 2016
Nazri Hussein

sumber: Facebook HSPM

Advertisements

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016

BUKU KUMPULAN/NOVEL

-Novel
Bukan Orang-Orang
ITBM, 2015
Hafiszah Iszahanid

-Kumpulan Cerpen
Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Gingko
ITBM, 2015
Jasni Matlani

-Kumpulan Puisi
77 Tuju (Siri Ingatan Kepada Kawan)
ITBM, 2015
Zaen Kasturi

-Kumpulan Drama
Saya Dari Tanjung Penaga
DBP, 2015
Marzuki Ali

PUISI ECERAN

1. Puisi Perang di Semerah Padi
Dewan Sastera, Februari 2016
Siti Raihani Mohd.Saaid

2. Berbalah Dengan Kata
Dewan Sastera, Disember 2015
Rudi Mahmood

3. Sengaja Aku Memilih Beza
Dewan Sastera, April 2016
Ratna Laila Shahidin

4. Peniup Seruling Marionette
Mingguan Malaysia, 9 Ogos 2015
Muzaf Ahmad

5. Walau Belum Pernah Tepat
Berita Harian, 14 Ogos 2016
Rosli K. Matari

6. Di Dalam Sebuah Kolam Naluri
(Sajak Pelengkap : Di Atas Badan Seekor Ikan)
Berita Harian, 21 Ogos 2016
Adinata Gus

7. Bahasa
Dewan Sastera, Oktober 2015
Teratai Abadi

8. Mujahadah Takdir Dalam Kesturi Syukur
New Sabah Time, 2 April 2015
Sahara Jais

9. Melati
Dewan Sastera, Disember 2015
Roslan Jomel

10. Di Luar Bingkai Sejarah
Dewan Sastera, Oktober 2016
Hilmi Rindu

CERPEN ECERAN

1. Dia Yang Berlari Kencang Dalam Debu Perang
Berita Harian, 20 September 2015
Mawar Safei

2. Desibel Iman
Berita Harian, 11 Oktober 2015
Nisah Haron

3. Rumah Ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya
Mingguan Malaysia, 4 Januari 2015
Siti Jasmina Ibrahim

4. Rumah
Mingguan Malaysia, 8 Mac 2015
Hazwani Rebecca Ilham Rameli

5. Pascasejarah X Negeri Tanpa Matahari
Dewan Sastera, September 2015
Fahd Razy

6. Cerita-cerita Tentang Lidah
Dewan Sastera, Januari 2016
Hafizah Iszahanid

7. Apis Dorsata
Dewan Sastera, Oktober 2016
Fudzail Nor

8. Air
Mingguan Malaysia, 6 Mac 2016
Malim Ghozali Pk

9. Musim Monyet Mabuk
Berita Harian, 3 April 2016
Zainal Rashid Ahmad

10. Rumah Kupu-Kupu
Berita Harian, 21 Ogos 2016
SM Syed Mohd Zakir
IMG_0053
IMG_0059

sumber: Facebook Hadiah Sastera Perdana Malaysia – HSPM

Puisi: Denting Waktu

shutterstock_428804917
DENTING WAKTU

seorang lelaki termanggu dan menunggu
di atas kerusi, di meja sebuah kedai kopi
di pekan ini, riuh suara tidak diendahkan lagi
dia sekadar menunggu denting waktu –
berharap diberi sepasang sayap di bahu.

sepanjang hayatnya
musim demi musim mengubah
wajahnya, sosoknya, suaranya
sehingga dia sendiri tak menyedari
dia semakin tua dari sehari ke sehari
tetap dia menunggu angka Orloj di menara
tepat jam 12 malam untuk dia menutupkan mata
atau tepat 6 pagi untuk dia celik kembali.

bagaimanakah dia boleh
mengukur waktu yang berlalu?
atau detik yang hilang terbuang?
itulah kali pertama dia merenung
ke dalam jiwa. Dia telah berguling dan lumat
dalam putaran waktu. Bertahun lamanya
dia terasa sesat di ruang semesta. Bukan –
sebenarnya, dia hanya tersesat dalam rimba diri
mencari makna kehidupan hakiki.

dalam denting waktu
dia bangkit dari kerusi dan sedari
ruang waktu ini berbatas –
semalam mungkin mimpi
tetapi, hari ini adalah realiti
esok adalah harapan yang tak bersempadan
ini yang pasti; suatu hari nanti
dia akan mati dan dibangkitkan lagi
dalam ruang waktu yang tak pernah membeku.

Old Town Prague, Republik Czech
* Mingguan Malaysia (20 September 2015)
Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2015

Puisi Jaulah Sampai Syurga

Puisi Jaulah Sampai Syurga
oleh: Muzaf Ahmad

Sahabat,
kita lahir dari tanah berbeza
tetapi dari sekepal salju ini,
segala sempadan akan mencair –
kerana kita telah berjanji
berjaulah sampai ke syurga abadi
telah kita berjanji
untuk mencari redha Ilahi.

Beginilah perjalanan jaulah
merentas ratus ribu sempadan
dinasti dan waktu
laut dan benua
ribut dan salju –
di kepala Takao atau dahi Jingshan
kita adalah degup roh
yang berdenyut dalam jasad ummah
lalu hati kita terserap ke langit
menggugurkan huruf-huruf iman
dan putih kalimah syahadah.

Hari-hari Hachioji bersamamu sahabat,
salju di luar tingkap semakin melebat
di sini walau kita terkandas
tetap kita menongkah gigil
jangan dipeduli ribut gelisah yang membuas
kerana hangat ukhuwah akan segera meredakan.

Bibir tidak perlu berbicara
bukankah jiwa-jiwa kita lebih merasa –
cukuplah selengkung senyum
dan setentang mata
itulah yang mengucapkan segalanya
dan percayalah sahabat,
waktu, benua dan salju adalah sempadan
yang tidak pernah memisahkan
kerana kita telah lama berjanji
bertemu dan berpisah kerana Ilahi.

Takao, Hachioji
19022014

 

Catatan   Salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seperti yang disebutkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis – dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah. Dari rasa itu, lahirlah puisi Jaulah Sampai Syurga. Kami menerima kunjungan sahabat-sahabat dari China yang berjaulah ke sini (Tokyo, Hachioji). Meskipun belum bertemu, jiwa-jiwa kami seakan sudah lama bersatu kerana pertemuan dan perpisahan ini, hanya kerana Ilahi. Kata-kata terakhir seorang ikhwah: Kalau tidak bejumpa di Jepun, jumpa di China. Kalau tidak berjumpa di China, jumpa di syurga!

titik.png

Puisi Jendela Menuju Tuhan

2) jendela

Puisi Wuduk

1) puisi wuduk